Friday, October 5, 2012

Belajar

Subhanallah, assignment yang sangattt banyakkk.. tapi start pon tak lagi ni, valid date dah dekat. Ni la keje orang malas.. lagi lagi suke menangguh keje..dah bertimbun dah ni kot. ^_^. Hah senyom je la aku tau kan. Final bulan 11, lecturers pon rush la nak habehkan syllabus. Tu yang kalot tu. hehe. Ape nak buat dah nasib dk Uni kan, bear je la dengan ape yang mendatang. 3 tahun? 3 tahun aku punye tempoh pengajian. Dengan subjeknye yg banyak. Oh ye, aku 1st semester student. Tu yang risau takot xdapat catch semua subjek. Tapi alhamdulillah, masih di tahap yang memberangsangkan. Cuma nak capai Dean List, tercapai ke tak ye? susah bagi aku. SEBAB aku malas la. Tu yang semua susah.

Berbeza dengan budak bilik sebelah aku, rajin + solehah + baik pulak tu. Rasa nak jadik macam dia lah pulak kan. Mana mungkin. Aku tetap aku, malas malas pon aku jadi rajin rajin kan la. hehe. Umm, next next semester subjek semakin bertambah. Credit hours pon semakin tinggi. Agak agak nak ambil short-sem tak? ringan sikit kot beban belajar.  Ya Allah, permudahkanlah segalanya sama ada dalam urusan pengajianku dan juga dalam urusan ibadatku. Aamiin


subjek utk sem sem depan

Thursday, October 4, 2012

Rindu

Adam dan Hawa episod 23 beri aku perasaan yang amat amat amat RINDU kepada Rasulullah s.a.w. Rindu pada Makkah Al Mukarramah, Madinah Al Munawwarah, masjid Kiblatain ( dua kiblat ), rindu bila berada dalam ihram, rindu semuanya di Tanah Suci. Aku adalah antara orang yg bertuah kerana pernah berada di tempat yg paling indah dan istimewa atas muka bumi ini. Indah dan istimewa kerana Rsulullah s.a.w. berasal dari situ, tempat yang semua umat Islam ingin berkumpul. Even mase aku pergi kat sana aku dalam Tingkatan 4 tahun 2007, mase tu aku macam blurr tak tahu nak mula dengan ape, macam mane ni nak mula ihram? ape nak buat eh. ^_^. Tapi tu kejap je, lepas tu dah biasa dah. Rasa macam tiap2 hari nak buat umrah, setiap kali nk buat umrah tu kena niat dulu tauu.. yang aku ingat tu kat Ja'ranah. Satu tempat lagi aku lupa. Perasaan mase tu amatlah bahagia. Rasa macam taknak balik, nak tinggal kat situ je. Subhanallah Allah Maha Besar. Cantik sangat tempatnya. Masjid Nabawi, masjid yang bersinar. Kat situ la aku melawat makam Rasulullah s.a.w.( taman Raudhah ) tempat yang pertama kali aku minum air zam zam selain kat Malaysia ni. Lain pulak rasanya minum air zam zam kat makkah dan madinah banding minum kat Malaysia ( macam2 la kan ) hehe.

Lepas tu kami ke Makkah, sebelum tu kami berhenti di Bir Ali untuk niat ihram, pakai pakaian ihram. Amat seronok. Sangat teruja Ya Allah. Aku sangat sangat mengharapkan dapat ke sana lagi lagi dan lagi!. Hari ni, lepas tengok Adam dan Hawa episod 23 part dia buat umrah. Kerinduan aku memuncak,dada aku sesak,titisan hangat dari mata aku keluar tanpa aku sedar. Alhamdulillah, mungkin aku akan ke sana lagi. Dengan izin-Mu ya Allah ^_^. Sesungguhnya aku sangat takut, takut tewas dengan godaan dunia. Aku perlukan Allah untuk lindungi setiap langkah aku. Praktiskan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku. Sentiasa dekatkan diri aku dengan Allah. Tapi aku tak yakin dengan diri sendiri,boleh ke aku ni?. Alhamdulillah sebab aku masih ada keluarga, sahabat, guru yang sentiasa memperingatkan aku tentang dunia. Apa itu dunia. Siapa itu manusia. Subhanallah..